Wednesday, March 16, 2011

INDONESIA tetap bina loji NUKLEAR

Kesan pembinaan nuklear

Penggunaan senjata kimia dan biologi dalam peperangan di Asia Barat mengakibatkan kesan buruk berterusan kepada kesihatan penduduk rantau tersebut.

Pakar radiasi, Lauren Moret berkata, kesan itu bukan sahaja dialami oleh penduduk di rantau itu bahkan menjejaskan rakyat di negara-negara sejauh Asia Timur dan Asia Tenggara biarpun jaraknya beribu-ribu kilometer dari negara yang diserang.

Moret berkata, proses pengayaan uranium bagi menjana reaktor nuklear terutama untuk menghasilkan senjata, akan menghasilkan kira-kira 70 peratus gas uranium oksida yang mampu dibawa angin sekali gus mengakibatkan rantau itu diancam pelbagai penyakit.

Katanya, pendedahan kepada gas tersebut dengan cara terhidu atau mengambil makanan yang terdedah padanya akan menyebabkan pelbagai penyakit antaranya diabetes, Parkinson, Alzheimer, barah dan kerosakan otak.

"Di China misalnya, jumlah pesakit diabetes meningkat lebih 20 peratus daripada seluruh populasi republik itu. Ia berlaku pada 2007 selepas serangan AS terhadap Iraq," katanya.

Moret berkata demikian semasa membentangkan isu "Perang dan Senjata Terlarang" yang turut disertai oleh dua ahli panel lain iaitu bekas Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Iraq, Denis J. Halliday serta saintis dari Iraq, Dr. Souad Naji Al-Azzawi pada Persidangan dan Pameran Menjenayahkan Perang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menurut Moret, penghasilan senjata dengan keupayaan mencetuskan kemusnahan besar-besaran boleh menjadi punca kepada penurunan kadar populasi dunia menjelang tahun 2050.

"Ia juga bukan sahaja memberi kesan kematian secara langsung kepada mangsa tetapi turut mendatangkan kesan buruk yang tersembunyi.

"Selain membunuh mangsa yang terdedah kepada bedilan bom, pengeboman yang dilancarkan terhadap Iraq, Afghanistan dan Palestin turut memberi kesan kepada kadar kesuburan manusia, sekali gus mengakibatkan penurunan kadar populasi dunia," katanya.

Tambah beliau, akibat pengeboman tersebut, kadar kesuburan wanita di seluruh dunia akan berkurangan dengan setiap wanita secara purata hanya boleh menghasilkan dua setengah anak iaitu pada nisbah 1:2.5.
memang lah ada kebaikan dilihat ,,tetapi kita kena lihat dari banyak sudut jangan hanya mementing kan diri semata-mata,apa diorang ingat gan wat logi kat negara doan ,,doan jadi kuat ?peri lah lu bai ,,,,hari nie aku baca lah brita kosmo nie dimana indonesia nak wat jugak logi

JAKARTA: Indonesia akan meneruskan rancangan untuk membina sebuah loji nuklear berhampiran garis sesar gunung berapi meskipun berlaku bencana pada loji nuklear akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun.

“Jika kami memilih untuk membinanya di Pulau Bangka, sudah pasti ia berdasarkan kepada beberapa pertimbangan yang selari dengan kriteria keselamatan,” kata Ketua Agensi Tenaga Atom Kebangsaan (Batan), Hudi Hastowo.


Pulau Bangka terletak di Sumatera timur, kawasan berlakunya gempa bumi dasar laut berukuran 9.1 magnitud yang menyebabkan tsunami pada 2004, meragut 220,000 nyawa di negara sekitar Lautan Hindi, termasuk 168,000 di Indonesia.

“Kawasan itu mempunyai rekod seismik dan aktiviti gunung berapi yang stabil,” kata Hudi.


Beliau juga berkata, agensi itu akan mengambil langkah menggunakan teknologi lebih canggih daripada Jepun.


“Terlalu awal untuk membincangkan bagaimana krisis di Jepun boleh menjejaskan projek kami.


“Tetapi sudah pasti apabila kami membina loji itu pada 2022, kami akan menggunakan sistem teknologi lebih baik,” katanya.


Bencana yang menimpa loji nuklear Jepun di Fukushima mendorong pakar menyuarakan kebimbangan mengenai loji nuklear di kawasan seismik.


Dua puluh peratus daripada 440 reaktor komersial yang beroperasi di seluruh dunia terletak di kawasan aktiviti seismik, menurut Persatuan Nuklear Dunia (WNA).


Sebahagian daripada 62 reaktor tambahan yang dalam pembinaan juga terletak di kawasan yang sering dilanda gempa, di samping sebahagian besar daripada hampir 500 unit yang dirancang untuk dibina, terutama di negara sedang membangun. -
x bepkiq langsung ,,xkan lah jepun 2 doan x nak wat pengajaran ,,negara canggih pun x ble kawal dah ni plak negara ,,emmm x payah cakap lah ,,adoi ,,,kecian lah negara nie ,,kang jadi mangsa rakyat kan ,,x pasal2 kesan nuklear ya p malaysia ,,,emmm,,,
indonesia nie pikiq-pikiq lah keselamatan semua pihak jan dok nak trip terer kunuk ,,mau lebih canggih dari jepun ,,,udah2 lah 2,,,

1 comments:

Unknown said...

Rakyat Indonesia memohon bantuan dan pertolongan dari Malaysia, karena amat banyak orang pintar di Malaysia, rakyat Indonesia amat mencintai rakyat Malaysia, sehingga rakyat Indonesia memerlukan pertolongan dari rakyat Malaysia. Rakyat Indonesia ingin belajar ilmu ilmu Nuklear dari Malaysia. Tolonglah ajarkan rakyat Indonesia ilmu ilmu Nuklear, karena rakyat Indonesia ingin belajar dari Malaysia, sesungguhnya rakyat Indonesia masih tertinggal dari pada rakyat Malaysia dalam ilmu ilmu Nuklear, terima kasih

Wasalam

Haji Muhammad Abdullah

Post a Comment