Insuran | Takaful | |
hukum | Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram | Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur riba |
Kontrak asas yang di guna pakai | Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. | Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’) |
Aspek perundangan | syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996). | Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 |
Tanggung jawab pemegang polisi | -pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. - pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi. | -Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta - Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta |
Kontrak-kontrak lain | Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. | Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi) |
PERBEZAAN DIANTARA AR RAHNU DENGAN PAJAK GADAI
AR RAHNU | PAJAK GADAI | |
Kadar faedah | pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba | Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman |
HUKUM | Halal | haram |
Caj perkhidmatan | Caj perkhidmatan yang rendah | Caj perkhidmatan yang tinggi |
Nilai gadaian | penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai. | tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan |
Tempoh pembayaran balik | Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak | Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka. |





6 comments:
idoooollll..cehh..kalu incik manzur tgk ni..confem up mkk..caya laa..tumpang copy paste..ahakss (:
ahhahahha .......
thanks.. *subscribe subscribe*....
. thanks :)
saya copy ye~ :)
Saya ambil sebagai rujukn
Post a Comment