Thursday, February 9, 2012

Kakitangan KFC tendang Pelanggan


Salam,,,,
U all baca paper x?..emmm nie mengenai pekerja KFc ,,biasalah KFC senantiasa Busy gilak..mugkin pekerja nie bengang kot faham2 lah lelaki kalau nek temperature ,,emmm tp "Customer kan Always Right " aku pun tggu sejam bengang mmg x telukis lah mukak ku ,,,n bubu jadi magsa hee...tapi lambt bukan bb masaalh doan tapi bekalan ayam habis ,so xble juak salahkan, kecian juak pekerja nie kan ,,mst pnt,pelanggan ramai ,pelanggan banyak songgeh ,,tp x septtya lah dia sampai tendang n tumbuk kan ,,Rosak reputasi dia n KFC dan merugikan ,,nampak gaya dia dalam gambr nie mmg dia  bengang gila,malas nak ulus so korang baca lah kat bawa nie ,,mey Copy dr KOSMO 


KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.
Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.
Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.
Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.
Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: “Kalau mau makan, buat sendiri lah.”
Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.
Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu.

0 comments:

Post a Comment